The book of Umi

capturing moments, momentos and magics in life

Haqeem Juara tulisan khat KAFA Mahkota Aman , tahniah
Izzuddin kena cuba lagi untuk kuiz :)
Semangat mencuba lebih penting nak….
Last but not least…met my college twin Fauziah and the green house captain Norlida…those days are over but friendship is forever

Last but not least…met my college twin Fauziah and the green house captain Norlida…those days are over but friendship is forever

Friendship is a bless..with good friends it can be magical…with the TKCians well..the world become our ‘dancing’ floor (tak hengat dunia)
We met after 25 years and the feeling was just like during those dormitory years :)
May Allah bless us with good friends always…Amin.

Kemalangan dalam perjalanan balik dari haji

"Ya Allah, kepada-Mu kami kembali dan kepada-Mu kami beribadat dan Tuhan kamilah yang kami puji"

Arwah Kamaruddin yang saya kenal hanya sekadar 2, 3 kali pertemuan adalah seorang yang sangat peramah dan suka menolong. Beliau pangkat anak sepupu kepada suami. Semasa kami pertama kali meredah bandar Gambang untuk mencari rumah sewa arwah bersungguh-sungguh mencarikan untuk kami yang memang tiada saudara mara malah kenalan di Kuantan apatah lagi Gambang. Rezeki kami, tuan rumah baru sahaja berpindah keluar waktu Asar dan kami masuk Isyaknya. 

Walaupun hanya sekadar dan sesingkat begitu namun pemergian arwah begitu dirasai terutamanya kerana arwah baru sahaja selesai menunaikan Haji. Mengalir air mata mengenangkan begitu singkatnya hidup kita ini dan begitu banyaknya masa kita habis begitu sahaja dengan dunia yang sekejap ini. Orang yang baik akan dikenang dan sentuhan kebaikan seseorang mukmin itu sesungguhnya bagai cahaya yang menerangi kehidupan orang lain walaupun hanya sekilas.

Allah hanya melihat penghujung hidup kita dan semoga arwah dah bondanya arwah Zainab yang jua terkorban dalam kemalangan tersebut dicucuri rahmat Allah .Didoakan syurga balasan mereka dua beranak.

Arwah meninggal dunia dengan ibu tersayang dan sebelum pergi menemui Allah berpeluang  mengerjakan haji bersama isteri tercinta dan ibu tersayang . Menurut isteri arwah yang tersedar sejurus selepas kemalangan, beliau sempat membisikkan kalimah Lailahaillallah kepada arwah suami pada akhir hayat arwah .

Masyaallah …..apa lagi nikmat Allah yang sering kita dustakan?

Al Fatihah.

Eid Adha in Kubang Kerian with mak and Cik Ai…
Haqeem

Haqeem 6yrs old

Izzuddin 9 yrs old

By M Izzuddin
peluru.jpeg
By M Amir Haqeem